KATA TUGAS > KATA PRAFRASA (Halaman 2)

<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman 1
__________________________________________________________________

F) Kata Arah

       i) Merupakan kata yang hadir sebelum  frasa nama dan lazimnya selepas
           kata sendi nama.


Kata Arah
Penggunaan
Ayat Contoh
antara
menunjukkan
Tolong letakkan pasu ini antara dua buah meja itu.
atas
menunjukkan kedudukan yang tinggi
Ibu meletakkan mangkuk itu di atas meja.
bawah
menunjukkann kedudukan yang rendah
Abang menyimpan kasutnya di bawah almari.
dalam
menunjukkan kedudukan di bawah permukaaan
Abdullah memasukkan tin itu ke dalam beg.
hadapan
menunjukkan kedudukan sebelum sesuatu
Kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah saya.
luar
lawan dalam
Murid-murid sedang berbaris di luar kelas.
penjuru
menunjukkan sudut
Di penjuru bilik itu ada sebuah almari besi.
tengah
menunjukkan kedudukan di antara dua tepi, atau bahagian di antara hujung dengan pangkal
Bola yang ditendang oleh adik melantun ke tengah jalan.

__________________________________________________________________

G) Kata Bilangan

     Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
     Ia boleh menunjukkan jumlah yang tentu dan jumlah yang tidak tentu.


Kata Bilangan
Contoh
Ayat Contoh
tentu
tiga, lima, enam, tujuh, sepuluh, seratus
Sebanyak seribu setem kenang-kenangan telah dicetak sempena memperingati jasa P.Ramlee
tidak tentu
segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh
Seluruh penduduk kampung itu bergelap kerana tiada bekalan tenaga elektrik.
himpunan
beribu-ribu, bertahun-tahun, berjuta-juta, berkotak-kotak
Berpuluh-puluh keluarga setinggan itu telah kehilangan rumah akibat kebakaran.
pisahan
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Mereka masing-masing menggunakan alat tulis semasa peperiksaan.
pecahan
setengah, dua pertiga, separuh
Separuh daripada kek itu akan diberikan kepada Mak Long.

__________________________________________________________________

H) Kata Sendi Nama

     Merupakan kata yang digunakan untuk menghubung frasa dengan kata atau
     frasa dengan frasa. Contohnya:

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat Contoh
akan
menunjukkan emosi atau sikap
Saiful amat sayang akan anak bongsunya.
dalam
menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak
Sebagai rakyat Malaysia,kita harus fasih dalam Bahasa Malaysia.
demi
menunjukkan tujuan atau urutan
a) Kita mestilah berusaha demi
     masa depan kita sendiri.
b) Adik membilang angka satu
     demi satu.
di
menunjukkan tempat
Semua murid sedang berkumpul di dalam dewan.
kepada
untuk orang, benda abstrak atau untuk menyatakan bahagian
a) Rashid memberitahu perkara itu
     kepada ibunya.
b) Remaja masa ini mudah terdedah
     kepada gejala sosial.
c) Murid-murid dibahagikan kepada
    beberapa kumpulan.


__________________________________________________________________

I) Kata Penekan

     Kata penekan nya ialah kata yang memberi penegasan kepada perkataan
     yang bergabung dengannya. Contohnya:



Kata Penekan
Ayat Contoh
sesungguhnya
Sesungguhnya dia memang tidak tahu malu.
nampaknya
Nampaknya dia tidak mampu menyiapkan tugas itu.
bahawasanya
Saya berikrar bahawasanya saya tidak akan datang lewat ke sekolah lagi.
sebenarnya
Sebenarnya dia yang memulakan pergaduhan itu.
sebetulnya
Sebetulnya saya mahu membeli kasut, bukan seluar.
sememangnya
Sememangnya dia pandai menganyam ketupat.
seharusnya
Kita seharusnya menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
selayaknya
Selayaknya Pak Tumin dilantik menjadi ketua kampung kita pula.

__________________________________________________________________

J) Kata Pembenda

    Kata nya juga merupakan kata pembenda yang menjadikan suatu kata yang
    asalnya bukan kata nama sebagai kata nama. Kata ini boleh menjadikan kata
    adjektif dan kata kerja sebagai kata nama. Contoh:

Kata Pembenda
Ayat Contoh
jauhnya
Jauhnya tempat perkhemahan itu dari sini ialah kira-kira tiga kilometer.
seronoknya
Bukan kepalang seronoknya kanak-kanak itu apabila melihat bapanya pulang.
kuatnya
Perempuan itu menjerit dengan kuatnya.
perginya
Perginya secara tiba-tiba dan tidak ada sesiapa yang sedar.
______________________________________________________________
kembali ke atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalendar

Ruang Sembang