<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman utama Kata Tugas
______________________________________________________________
3) Kata Prafrasa
Kata praklausa tebahagi kepada:
A) Kata Bantu F) Kata Arah
B) Kata Penegas G) Kata Bilangan
C) Kata Penguat H) Kata Sendi Nama
D) Kata Nafi I) Kata Penekan
E) Kata Pemeri J) Kata Pembenda
__________________________________________________________________
A) Kata Bantu
i) Kata bantu ialah kata yang berfungsi untuk menimbulkan makna tambahan
dari aspek waktu dan ragam.
ii) Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu:
a) Kata Bantu Aspek
Digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa. Contohnya:
Aspek Masa
|
Kata Bantu
Aspek
|
Contoh
Penggunaan
|
masa lampau
|
telah
|
Dia telah
menghantarkan bukunya.
|
sudah
|
Kami sudah
makan.
|
|
pernah
|
Kama pernah
ke Gua Niah.
|
|
masa kini
|
masih
|
Ahmad masih
menuggu bas.
|
sedang
|
Saya sedang
mendangar radio.
|
|
masa hadapan
|
akan
|
Kami akan
ke kantin sebentar lagi.
|
belum
|
Abdullah belum
menyiapkan kerjanya.
|
b) Kata Bantu Ragam
Ragam
Perasaan
|
Kata Bantu Ragam
|
Contoh
Penggunaan
|
tidak boleh tidak
|
mesti
|
Kita mesti
bertolak pagi ini juga.
|
hasrat
|
hendak
|
Saya hendak
makan nasi ayam.
|
mahu
|
Adik saya mahu
akan alat permainan itu.
|
|
keupayaan
|
boleh
|
Kita boleh
membeli setem di pejabat pos.
|
dapat
|
Saya dapat
meneka jawapan itu dengan tepat.
|
|
patut
|
harus
|
Kamu harus
pergi sekarang juga.
|
__________________________________________________________________
B) Kata Penguat
i) Digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
Jenis
|
Kata Penguat
|
Ayat Contoh
|
hadapan
|
terlalu
|
a) Kamus itu terlalu tebal.
|
paling
|
b) Masakan isterinya paling sedap.
|
|
agak
|
c) Tapak kasutnya agak nipis.
|
|
kurang
|
d) Minuman di dalam jag itu kurang
manis.
|
|
belakang
|
sekali
|
a) Rumahnya jauh sekali.
|
benar
|
b) Rajin benar dia menulis surat.
|
|
nian
|
c) Pemandangan di tepi laut indah nian.
|
|
bebas
|
amat
|
a) Hasil anyaman amat kemas.
|
sungguh
|
b) Kotak itu sangat besar.
|
|
sangat
|
c) Baju kurung itu sugguh cantik.
|
__________________________________________________________________
C) Kata Penegas
i) Kata penegas juga dikenali sebagai partikel. Terdapat 2 jenis jenis kata
penegas iaitu:
a) Penegas yang dicantumkan dengan perkataan:
Kata Penegas
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
-kah
|
untuk menyatakan pertanyaan
|
Siapakah
yang bermain tadi?
|
-tah
|
untuk menyatakan pertanyaan pada diri sendiri,
gerangan
|
Apatah
gerangan nasib kita ini?
|
-lah
|
untuk menguatkan maksud perkataan
|
Pemuda itulah
abangnya.
|
b) Penegas yang berasingan:
Kata Penegas
|
Maksud
|
Ayat Contoh
|
juga
|
pula, pun
|
Abangnya gemuk. Dia juga gemuk.
|
lagi
|
tambahan kepada yang sedia ada
|
Beliau seorang yang baik hati lagi pemurah.
|
sahaja
|
cuma, hanya, melainkan, satu-satunya
|
Laili sahaja
yang tidak memakai cermin mata di dalam kelasnya.
|
memang
|
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya
|
Memang benar kata-kata orang tua
itu.
|
__________________________________________________________________
D) Kata Nafi
i) Merupakan kata yang menafikan atau menidakkan sesuatu. Terdapat dua
jenis kata nafi iaitu:
Kata Nafi
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
bukan
|
digunakan sebelum frasa nama atau frasa sendi nama
|
a) Beliau bukan Cikgu Fazidah.
|
b) Wang itu bukan untuk
dibelanjankan.
|
||
tidak
|
digunakan sebelum frasa kerja atau frasa adjektif
|
a) Saya tidak akan membantah
lagi.
|
b) Mereka tidak mahu ke hutan itu.
|
E) Kata Pemeri
i) Merupakan kata tugas yang menghubungkan frasa subjek dengan
frasa predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Kata Pemeri
|
Maksud
|
Ayat Contoh
|
ialah
|
menunjukkan persamaan hadir di hadapan frasa nama
|
a) Agama rasmi negara kita ialah
agama Islam.
|
b) Bapanya ialah pakar bedah di
Institut
Jantung Negara.
|
||
adalah
|
menunjukkan huraian atau keterangan hadir di
hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama
|
a) Kasut yang dipakainya itu
adalah
daripada kulit.
|
b) Makanan yang telah
ditempahnya
itu adalah untuk
anak-anak
yatim.
|
KLIK SINI untuk teruskan ke halaman 2 >>
______________________________________________________________
kembali ke atas
INI merupakan nota yang bagus.Terima kasih untuk orang yang membuat blog ini
BalasPadam