KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang, binatang dan benda. Contohnya:


Kategori
Kata Nama Am
orang
Jasmin melontar batu ke dalam tasik.
(melontar dilakukan oleh orang)
binatang
Monyet itu mengunyah kacang.
(mengunyah yang dilakukan oleh monyet)
benda
Loceng berdering menandakan waktu rehat.
(berdering dilakukan oleh benda)


Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:

1.  Kata Kerja Transitif
2.  Kata Kerja Tak Transitif

______________________________________________________________
1) Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata yang mengandungi objek yang terdiri daripada kata 
nama atau frasa nama.



Kata kerja transitif terbahagi kepada dua iaitu:

A)  Kata Kerja Transitif Aktif
B)  Kata Kerja Tak Transitif Pasif

__________________________________________________________________

A) Kata kerja transitif aktif

1.  Kata kerja ini menggunakan imbuhan. Antara contohnya ialah:


Imbuhan
Kata Kerja Transitif
Ayat Contoh
me-
menulis
Ayah menulis surat
mem-
membaca
Adik membaca buku cerita
men-
mencuit
Kata-katanya mencuit hati
meng-
menggonggong
Anjing itu menggonggong tulang
menge-
mengecat
Encik Samy mengecat rumahnya
me-…-i
menaiki
Azhar menaiki bas sekolah
mem-…-i
memahami
Saya sedang cuba memahami soalan itu
men-…-i
menziarahi
Encik Tan menziarahi jirannya di hospital
meng-…-i
mengekori
Anjing itu mengekori Pak Hasan
menge-…-i
mengesyaki
Kami mengesyaki dia seorang pencuri
me-…-kan
menyanyikan
Jamal akan menyanyikan sebuah lagu
mem-…-kan
memperlahankan
Ayah memperlahankan keretanya
men-…-kan
menceritakan
Kisah itu menceritakan asal usul sebuah negeri
meng-…-lan
menggayakan
Yatie menggayakan fesyen dari barat
menge-…-kan
mengesahkan
Encik Othman mengesahkan minit mesyuarat itu
memper-
memperdaya
Syarikat itu telah memperdaya pembeli dengan pelbagai janji
memper-…-i
memperingati
Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa perajurit negara
memper-…-kan
mempersembahkan
Kumpulan Pelangi akan mempersembahkan sebuah drama
__________________________________________________________________

B) Kata kerja transitif pasif

1.  Kata kerja ini merupakan perubahan daripada ayat aktif menjadi ayat pasif.
2.  Kata kerja ini juga terbahagi kepada dua iaitu:

      i)  Tidak menggunakan imbuhan dan menggunakan kata ganti diri pertama 
          dan kata ganti diri kedua.
     ii)  Berimbuhan di- dan menggunakan kata sendi oleh serta kata ganti
          nama diri ketiga.


Berikut adalah contoh penggunaan kata kerja transitif pasif:


Transitif Aktif
Transitif Pasif Diri Pertama - Tiada Imbuhan
Saya memahami soalan itu.
Soalan itu saya faham.
Kami membantu orang tua itu.
Orang tua itu kami bantu.
Aku akan mengikuti orang itu.
Orang tua itu akan aku ikuti.

Transitif Aktif
Transitif pasif Diri Kedua - Tiada Imbuhan
Kamu mesti membantu orang itu.
Orang itu mesti kamu bantu.
Anda perlu mengisi boring ini.
Borang itu perlu anda isi.
Engkau patut menyimpan wang ini.
Wang ini patut kamu simpan.

Transitif Aktif
Transitif Pasif Diri Ketiga -
Imbuhan di- / kata sendi oleh
Mereka menyiapkan projek itu.
Projek itu disiapkan oleh mereka.
Anjing itu mengekori Puan Ani.
Puan Ani diekori oleh anjing itu.

KLIK SINI untuk teruskan ke Kata Kerja Tak Transitif >>
______________________________________________________________
kembali ke atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalendar

Ruang Sembang