KATA ADJEKTIF

1.  Kata adjektif juga dikenali sebgai kata sifat.
2.  Ia digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda, orang, 
     tempat dan sebagainya.
3.  Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-se-amat,
     palingsangatsekalisungguh, dan terlalu.
     Contoh: Gunawan Mahmood merupakan antara penulis yang terkenal.
                   - Pemandangan di sini amat indah.
4.  Kata adjektif juga boleh disertai kata bantu seperti masihbelumdapat
     dan sebagainya  
     Contoh: - Baju saya masih basah.
                   - Buah mangga itu sudah masak.
5.  Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir serentak bersama-sama kata
     adjektif. Contoh: - Sudah terlalu lama saya menunggunya di sini.

6.  Dalam bahasa Malaysia, kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan
     jenis berdasarkan makna sesuatu kata adjektif berkenaan.

7.  Jenis kata adjektif adalah seperti yang berikut: 


Jenis
Contoh
Ayat Contoh
bentuk
bujur, bulat, bundar, buncit, bengkok, lurus, leper, lonjong
a) Kayu yang dirautnya itu sangat
     lurus.
b) Jamal menarik batang besi itu
     sehingga bengkok.
cara
cepat, cermat, laju, lambat, deras, kerap, perlahan, sering, selalu, gopoh, jelas
a) Pandulah kenderaan dengan
     cermat.
b) Faizah selalu datang ke rumah
     saya.
perasaan
benci, gelisah, kasih, sayang, rindu, ragu, segan, suka, benci
a) Ishak amat kasih akan 
     isterinya.
b) Mansor begitu rindu akan 
     anaknya yang berada di 
     kampung.
sifat / keadaan
baik, cerdik, jahat, lemah, malu, pandai, sombong, kasar, sihat
a) Kita tidak akan mempunyai
     banyak kawan sekiranya kita
     bersikap sombong.
b) Sekiranya kita lemah dalam 
     pelajaran, kita mestilah
     berusaha dengan lebih gigih.
ukuran
besar, kecil, nipis, panjang, pendek, rendah, tebal, tinggi
a) Buku cerita itu kecil dan nipis.
b) Suhaidalah yang paling tinggi
     di dalam kelasnya.
warna
biru, hijau, kuning
a) Norazima memakai baju
     berwarna hijau.
b) Bagaimanakah caranya 
     membuat kuih merah ini?
waktu
awal, baru, kini, lama, lampau, sekarang, segera, silam
a) Tolong hantarkan surat ini
     dengan segera.
b) Sekarang saya hendak ke
     pejabat.
jarak
jauh, hampir, dekat, nyaris
a) Budak itu nyaris lagi dilanggar
     kereta.
b) Kompleks sukan itu agak jauh
     dari bandar.
pancaindera
pandangan
buruk, cantik, hodoh, kacak
Lukisan yang dibelinya sungguh cantik.
pendengaran
lunak, merdu, cantik
Nyaring betul bunyi hon kereta itu.
rasa
manis, masam, masin, pedas, pahit, tawar, kelat
Jangan terlalu banyak makan makanan yang manis.
bau
busuk, hapak, harum, wangi
Bunga yang dipetiknya itu sugguh harum.
sentuh
kasar, keras, licin
Ali terjatuh kerana permukaan lantai itu licin.
gabungan
aman, tenteram, nyaman, selesa
Saya berasa kurang selesa berada di dalam bilik itu.

__________________________________________________________________

Tahap Kata Adjektif

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu:


Tahap
Contoh
Ayat Contoh
biasa
besar, baik, buruk, cermat
a) Tolong jaga buku ini dengan
     baik.
b) Gunakanlah kereta ini dengan
     cermat.
sama
sebesar, sepandai, semerdu, setebal
a) Wajah puteri itu secantik
     bidadari.
b) Buku ini setebal buku itu.
perbandingan
lebih besar daripada, lebih enak daripada, kurang pintar daripada
a) Negeri Pahang lebih besar
     daripada negeri Perak.
b) Normala kurang pintar  
     daripada kakaknya.
penghabisan
se-, paling, amat, sangat, sekali,   suggguh, ter-
a) Setinggi-tinggi terbang
     bangau, hingap di belakang
     kerbau juga.
b) Jamilah muncul sebagai murid
     yang paling cemerlang di
     sekolahnya.
______________________________________________________________
kembali ke atas

3 ulasan:

Kalendar

Ruang Sembang