<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman utama latihan
_____________________________________________________________________
Bahagian A - Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai
bercuti
|
menatang
|
mencucukkan
|
menguasai
|
mengunyah
|
mempraktikkan
|
menimbulkan
|
merampas
|
muncul
|
menenun
|
1. Artis wanita itu semakin popular apabila wajahnya sering _________ di kaca
televisyen.
2. Zakiah keluar dari dapur sambil _________ sedulang minuman untuk para tetamu.
3. Kemahiran __________ songket merupakan kemahiran yang diwarisi
turun-temurun.
4. Pelabur asing masih _________ sebahagian besar daripada sektor ekonomi
negara.
5. Semua lapisan masyarakat perlu __________ amalan kebersihan dan mesra
alam.
6. Encik Wafi ___________ potongan daging pada lidi untuk dibuat sate.
_____________________________________________________________________
Bahagian B - Pilih jawapan yang paling sesuai
1. Tok Angah sedang ________ semak samun di belakang rumahnya.
A menebas C mencantas
B mengerat D memotong
2. Pihak polis sedang _________ gerak-geri kumpulan penjenayah itu sebelum
melancarkan serbuan.
A mengintip C meninjau
B memandang D mengintai
3. Setiap minggu, kami akan menziarahi pusara ibu dan _________ air mawar
di pusaranya.
A menyiramkan C menyimbahkan
B menuangkan D mencurahkan
4. Suasana di Stadium Sarang Burung di Beijing terang-benderang ketika
berlansungnya majlis __________ Sukan Olimpik.
A perayaan C pengisytiharan
B permulaan D pembukaan
5. Kami duduk-duduk sambil minum di kantin untuk _________ penat selepas
berlatih sukan.
A meredakan C menghilangkan
B melepaskan D melenyapkan
6. Demam Chikungunya berjangkit _________ gigitan nyamuk.
A menyerupai C mengenai
B mengalami D melalui
_____________________________________________________________________
kembali ke atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan