______________________________________________________________
2) Kata Praklausa
Kata praklausa tebahagi kepada:
A) Kata Seru D) Kata Pembenar
B) Kata Tanya E) Kata Pangkal Ayat
C) Kata Perintah
__________________________________________________________________
A) Kata Seru
i) Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perasaan seperti
sedih, hairan, marah, benci dan kecewa.
ii) Contoh penggunaan kata seru:
Kata Seru
|
Perasaan
|
Contoh Penggunaan
|
aduh
|
sakit
|
Aduh, sakitnya kepalaku!
|
ceh
|
mengejek, kesal
|
Ceh, memang tidak tahu malu!
|
hai
|
menegur, menarik perhatian
|
Hai, agak lama kita tidak berjumpa!
|
nah
|
geram, marah, menarik perhatian
|
Nah, ambillah kesemuanya!
|
oh
|
kecewa, kesal, teringat
|
Oh, sanggup kamu mempermainkan saya!
|
wahai
|
menarik perhatian
|
Wahai anakku, usahlah disia-siakan usia mudamu!
|
B) Kata Tanya
i) Kata tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya untuk
menanyakan orang, benda, haiwan, masa, tempat dan sebagainya.
ii) Ianya disertakan dengan partikel "kah" jika berada di permulaan ayat.
Partikel "kah" bagaimanapun tidak disertakan bersama-sama kata
tanya jika ia terletak di penghujung ayat. Kata tanya mesti diakhiri
dengan tanda soal "?".
Contoh penggunaan kata tanya:
Kata Tanya
|
Fungsi
|
Contoh Penggunaan
|
adakah
|
bertanya tentang sesuatu hal
|
Adakah awak yang mengambil kasut saya?
|
bagaimana
|
bertanya tentang cara dan keadaan
|
Bagaimanakah keadaan kamu sekarang?
|
bila
|
bertanya tentang masa atau waktu
|
Kamu hendak ke sana bila?
|
kenapa
|
bertanya tentang tentang sebab
|
Dia menjerit-jerit kenapa?
|
mana
|
bertanya tentang tempat
|
Di manakah letaknya Gunung Kinabalu?
|
siapa
|
bertanya tentang orang
|
Siapakah nama guru kelas kamu?
|
C) Kata Perintah
i) Kata perintah ialah kata yang menunjukkan suatu arahan, perintah,
kehendak, larangan, silaan, atau permintaan.
ii) Kata perintah bertujuan menimbulkan suatu tindakan atau tindak balas.
Contoh penggunaankata perintah:
Kata Perintah
|
Fungsi
|
Ayat Contoh
|
jangan
usah
|
larangan
|
a) Jangan ambil barang itu.
b) Usah bersedih hati.
|
sila
jemput
|
silaan
|
a) Sila naik ke rumah.
b) Jemput masuk.
|
minta
tolong
harap
|
permintaan
|
a) Minta tolong tuan-tuan sabar sebentar.
b) Tolong tutup pintu itu.
c) Harap bertenang.
|
D) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk menegaskan sesuatu
pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
__________________________________________________________________
E) Kata Pangkal Ayat
i) Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir oada permulaan ayat yang
menjadi kesinambungan ayat.
ii) Kata pangkal biasanya digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama.
ii) Kata pangkal biasanya digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama.
Contoh penggunaan kata pangkal ayat adalah:
______________________________________________________________
Kata Pangkal Ayat
|
Ayat Contoh
|
adapun
|
Adapun puteri itu sungguh cantik dan menawan serta tiada
tolok bandingnya.
|
alkisah
|
Alkisah tidak beberapa lama kemudian kembalilah putera
raja ke istana.
|
arakian
|
Arakian bersalamanlah antara dua orang laksamana itu.
|
hatta
|
Hatta terbanglah burung bayan di angkasa.
|
kalakian
|
Kalakian berlakulah pergaduhan antara kedua-dua kerajaan.
|
syahadan
|
Syahadan tuan puteri pun masuk ke bilik peraduan.
|
cuba tambah lagu yang lebih menarik contohnya sumayyah,ainul mardiyah k....bosan lah lagu ni,tolong tukar..jangan marah hahahahahahahahahah,background lawa sikitah...assalamualaikum
BalasPadambisol
PadamHAI
BalasPadamRASHDAN ENSEM
BalasPadamhell yehhhh
BalasPadamBabi tibe ko ni orang gila ke
PadamDiam
PadamSudah tinggi benar kamu sekarang!
BalasPadam