______________________________________________________________
1) Kata Hubung
i) Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan perkataan
sehingga menjadi ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
ii) Kata hubung terbahagi kepada:
a) Kata hubung gabungan
b) Kata hubung pancangan
c) Kata hubung berpasangan
__________________________________________________________________
a) Kata hubung gabungan
Kata yang menggabungkan dua klausa yang bersifat setara atau lebih.
Contohnya:
Kata Hubung Gabungan
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
atau
|
menunjukkan pilihan
|
Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu.
|
dan
|
menggabungkan dua atau lebih unsur yang setara
|
Nariah suka membaca surat khabar dan majalah.
|
kecuali
|
menunjukkan kekecualian
|
Semua ahli keluarga Farhan memakai cermin mata kecuali kakaknya.
|
lalu, seraya
|
menggabungkan dua perkara yang berlaku berturutan
|
Hamdan bangun seraya berkata, “Inilah hasil kerja saya.”
|
malahan
|
menunjukkan sesuatu yang kian bertambah
|
Bukan itu saja, malahan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.
|
__________________________________________________________________
b) Kata hubung pancangan
Kata yang menyambungkan klausa-klausa tidak setara pada klausa utama
atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga iaitu:
i) Pancangan Relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang
lain.
Pancangan Relatif
|
Ayat Contoh
|
yang
|
Lim memasukkan beberapa biji limau ke dalam bakul yang sempit itu.
|
ii) Pancangan Komplemen
Kata hubung ini berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
pelengkap dengan satu klausa utama.
Pancangan Komplemen
|
Ayat Contoh
|
bahawa
|
Razak memberitahu saya bahawa kelas tambahan akan diadakan pada hari Sabtu ini.
|
untuk
|
Sungguh mustahil untuk dia menang dalam pertandingan itu.
|
iii) Pancangan Keterangan
Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
Pancangan Keterangan
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
agar, supaya
|
menyatakan tujuan atau maksud
|
Makanlah ubat ini agar kamu cepat sembuh.
|
andai kata
|
menunjukkan misal atau jika
|
Andai kata dia tidak hadir, kamulah yang harus menggantikannya.
|
biarpun
|
menunjukkan pertentangan kenyataan dengan kenyataan yang sebelumnya
|
Biarpun dia kaya, saya tetap tidak akan meminta pertolongannya
|
kerana, lantaran
|
menunjukkan sebab
|
Dia lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas.
|
sejak, semenjak
|
menunjukkan bermula sesuatu
|
Saya telah berkawan dengannya sejak kecil lagi.
|
selama
|
menunjukkan tempoh waktu
|
Saya tidak pernah melihat pemuda itu selama saya tinggal di sini.
|
c) Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Berpasangan
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
bagaimana…begitulah
|
menunjukkan persamaan yang hampir
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
|
baik…baik
baik…mahupun
|
menunjukkan persamaan
|
Baik Suhaimi mahupun Suhaida, mereka sama-sama pandai dalam mata pelajaran Matematik
|
daripada…lebih baik
|
menunjukkan perbezaan atau perbandingan
|
Daripada terus bersubahat dengannya, lebih baik saya menyerah diri.
|
kembali ke atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan