KATA KERJA > KATA KERJA TAK TRANSITIF

<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman sebelumnya
______________________________________________________________
2) Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, ia tidak
memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Kata kerja ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

A)  Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
B)  Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap


__________________________________________________________________

A) Kata kerja tak transitif berpelengkap

1.  Kata kerja ini mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan ayat.
2.  Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh
     dipasifkan.
     Contohnya:

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Jika pelengkap digugurkan, ayat yang dihasilkan tidak sempurna
Pelengkap tidak boleh dipasifkan
Pesakit itu beransur sembuh.
Pesakit itu beransur.
Sembuh diansurkan oleh pesakit itu.
Nordin tinggal dengan datuknya.
Nordin tinggal.
Dengan datuknya ditinggalkan oleh Nordin.


3.  Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, atau kata 
     sendi nama.


Pelengkap Kata Nama
Imbuhan ber-…-kan
a) Salbiah tidur berbantalkan lengan.
b) Hidupnya bertopengkan wang.
Kata kerja menjadi
a) Datuknya menjadi Pengarah Syarikat Omega.
b) Dia menjadi ketua darjah.
Kata kerja ada
a) Chua ada sebatang pensel 2B.
b) Kami ada hadiah yang istimewa untuk cikgu.
Pelengkap Kata Adjektif
a) Kesihatannya bertambah baik.
b) Hidupnya kembali susah.
Pelengkap Sendi Nama
a) Abdullah tinggal di Jalan Merak.
b) Motosikal itu melencong ke dalam semak.
__________________________________________________________________

B) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

     Boleh disertai unsur keterangan atau pelengkap selepasnya, ataupun tidak.
     Contoh:


           Mariam menyanyi di dalam bilik. (mempunyai pelengkap)
           Mariam menyanyi. (tanpa pelengkap) 

______________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalendar

Ruang Sembang